Skip to main content
STONG GEOPARK

MENGENALI STONG GEOPARK

Stong Geopark merupakan salah satu khazanah alam semula jadi Negeri Kelantan yang menggabungkan keunikan warisan geologi, kepelbagaian biodiversiti serta warisan budaya masyarakat setempat dalam satu landskap geopark yang bernilai tinggi.

 

STONG GEOPARK

TAPAK PILIHAN STONG GEOPARK

Gabungan geologi,biodiversiti,air dan warisan budaya yang tiada tandingan


WARISAN
GEOLOGI


KEPELBAGAIAN
BIODIVERSITI


AIR TERJUN
& SUNGAI


WARISAN
& BUDAYA

DESTINASI MENARIK
waterfall%20(2)

Air Terjun Jelawang merupakan antara tarikan semula jadi utama di kawasan Stong dan terkenal dengan landskap air terjun serta kawasan hutan yang masih terpelihara.

Kawasan ini menawarkan pengalaman ekopelancongan dan rekreasi alam semula jadi kepada pengunjung yang ingin meneroka keindahan kawasan pergunungan Dabong.

JelaangStong%20(2)-85792b1a

Gunung Stong merupakan antara mercu tanda semula jadi penting dalam kawasan geopark.

Kawasan pergunungan ini menawarkan pengalaman pendakian, penerokaan alam semula jadi serta pemandangan landskap hutan dan pergunungan yang menarik.

ktm%20(15)-5f4e81db

Dabong merupakan antara pintu masuk penting ke kawasan Stong Geopark dan mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi serta aktiviti pelancongan yang boleh diterokai oleh pengunjung.

Rumah_asli guaikan%20(13)
Komuniti Sebagai Pemangkin

Geopelancongan berasaskan komuniti

Masyarakat setempat merupakan komponen penting dalam pembangunan Stong Geopark.

Melalui pendekatan geopelancongan berasaskan komuniti, penduduk setempat berpeluang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pelancongan, penghasilan produk tempatan, pengurusan aktiviti rekreasi serta promosi warisan dan budaya setempat.

Penglibatan komuniti secara aktif dapat membantu mewujudkan peluang ekonomi baharu di samping memperkukuh rasa pemilikan dan tanggungjawab terhadap kelestarian geopark.

  • KELUASAN KAWASAN

    2,131.9 KM PERSEGI

  • GEOPARK KEBANGSAAN

    14 NOVEMBER 2022

  • JELI && DABONG

    KAWASAN STONG

To Top
KELGOV PPST